Panduan Menghadapi Temuduga Jawatan Kosong Kuala Lumpur
Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. Nahas ko beb hehe.
Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa soalan yang famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya pecahkan kepada beberapa bahagian:
1) SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI.
Soalan: Namakan kompeni , jawantan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji ANDA semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?
Penerangan: Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tak boleh jawap dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka. Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tetang perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.
Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?
Penerangan:Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini adalah anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu. Jangan memandai nak menceritakan tanggungjawab yang padahal anda tak buat.Penemuduga pun tahu raiak muka kita kalau kita tipu. Lagi nahas kalau pihak pengurusan menyelidik latar belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.
Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?
Penerangan:Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini "Bagaimana anda menanganicabaran?" pastikan menyertakan contoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikansituasi yang sukar yang pernah anda alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikantentang masalah tersebut dan cadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Soalan: Apakah yang telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?
Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini, pastikan anda menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Contohnya seperti berikut:
#Salah satu perkara penting yang menjadi pengajaran kepada kerjaya dan diri saya ialah Kegigihan. Tidak mudah berputus asa kerana mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah yang kita tidak sedar perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah kita.
#Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua kepada setiap orang, keranatanggapan pertama kita sering menyebabkan kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.
#saya selalu membuat kerja last minute. Ianya amat menyusahkan daripada membuat kerja dan siap lebih awal daripada dew date.
Soalan :Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?
Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidak suka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalu memberi tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Sebabnya ialah mungkin penemuduga beranggapan bahawa anda akan bercakapnegatif tentang pekerjaan baru atau syarikat apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau dipilih nanti(jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang ditemuduga). Sebaliknya anda perlu bercakap tentang diri sendiri dan memberitahu tentang apa yang anda ingin sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti berikut:
#Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama dengan rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan bekerja di tempat kerja lama saya.
#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama saya ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.
#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih ditempat kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana, masih lagi memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.
#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat kerja lama saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada tempat kerja lama saya.
Soalan :Pernakah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana mana anda uruskan perkara tersebut.
Penerangan :Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.
Soalan :Kenapa anda berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?
Penerangan:Soalan ini melibatkan dua perkara utama. Pertama jika anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang kedua ialah kerana anda dipecat.
Jika anda berhenti secara suka rela. Jawapan dia seperti berikut:
#Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.
Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan? Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.